Monday, May 9, 2011

cadangan untuk MEMANTAPKAN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK MALAYSIA sempena misi Malaysia menjadi tuan rumah PIALA DUNIA 2030

kepada Presiden Bolasepak ASEAN, Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah,


1) saya sebagai rakyat biasa warganegara Malaysia berasa berbesar hati dan berbangga kerana tuanku dilantik untuk memimpin seluruh persatuan bola sepak di Asia Tenggara ini, saya amat bangga tuanku dengan amat lantang dan tegas menyatakan di dalam perjumpaan seluruh persatuan bola sepak di Asia Tenggara ini bahawa Tuanku mahu membawa acara Piala Dunia Bola Sepak, World Cup ke Malaysia dan negara-negara jiran di Asia Tenggara pada tahun 2030.

2) sekali lagi saya mengucapkan tahniah ke atas pencapaian tuanku di masa lepas dimana tuanku semasa menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak seluruh Asia berjaya membawa kejohanan berprestij Piala Dunia tahun 2002 ke Jepun dan Korea.. tahniah saya ucapkan kepada tuanku, semoga negara Korea, Jepun dan seluruh asia sentiasa ingat jasa tuanku kepada mereka di masa lepas. Pencapaian baik tuanku dan jasa tuanku kepada seluruh benua asia ini untuk pembangunan bola sepak Asia menjadi kebanggaan kami, rakyat Malaysia.


3) saya berasa amat tertarik dengan cadangan tuanku bahawa pada tahun 2030 nanti tuanku ingin Malaysia menganjurkan piala dunia 2030, sepertimana tuanku pernah lakukan dahulu semasa menjadi Presiden Bola Sepak seluruh Asia dengan membawa Piala Dunia itu ke Jepun dan Korea. Disini saya ingin memberi sedikit pandangan peribadi, cadangan untuk memantapkan bola sepak Malaysia supaya dipandang tinggi di dunia ini. Antara cadangan saya akan dihuraikan di bawah ini bermula dari perenggan nombor 4.




4) PEMANTAPAN SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA MESTI BERMULA DARI UMUR YANG AMAT MUDA - TIADA JALAN PINTAS!

di dalam usaha kita untuk memartabatan sukan bola sepak kita untuk mencapai taraf dunia dan disegani seluruh bangsa di dunia ini, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun jalan pintas yang ada untuk mencapai matlamat dan hasrat kita ini. Janganlah kita terpengaruh sepenuhnya dengan TV yang hanya memaparkan hanya sedikit sahaja yang kita tahu, tiada jalan pintas untuk berjaya di dalam bola sepak, mana mungkin seorang yang berjaya melepasi temuduga oleh syarikat TV dan kononnya diberi latihan intensif bola sepak selama 3 bulan boleh diiktiraf sebagai pemain bola sepak professional???? lagi-lagi program realiti TV MyTeam itu lebih kepada ingin menjana untung kepada mereka dalam masa yang singkat sahaja, tapi apakah "sumbangan besar" mereka kepada usaha pembangunan bola sepak negara Malaysia?? ditambah lagi pemain-pemain bola sepak yang mereka anggap professional hasil didikan mereka itu selama 3 bulan sahaja itu ada banyak pula yang usianya sudah menghampiri umur 30 tahun dan lebih 30 tahun, dan dimana pula tahap mereka sekarang ini??.. TV boleh kata kaca itu adalah permata yang berharga.. dan tidak mustahil akan ada amat ramai orang akan percaya, hebat betul penangan media massa ini.

5) walau bagaimanapun, saya sanjung usaha mereka si MyTeam konon sudah jadi pemain professional dalam masa 3 bulan ini masih mampu menjaringkan gol apabila menentang pasukan kebangsaan Malaysia. Perkara ini harus dipandang serius oleh badan bola sepak Malaysia yang sudah berusaha melatih pasukan kebangsaan Malaysia selama bertahun-tahun, tetapi masih boleh dibolos gawangnya oleh sebuah pasukan yang hanya dilatih dalam masa 3 bulan sahaja.

gol MyTeam (konon dah jadi professional lepas dilatih hanya dalam masa 3 bulan) semasa menentang pasukan kebangsaan Malaysia


6) disini saya ingin menekankan sekali lagi, pembangunan bola sepak Malaysia seharusnya bermula dari peringkat umur yang amat muda lagi, sekurang-kurangnya semasa kanak-kanak berusia 7 tahun lagi.. antara masalah yang saya nampak kepada usaha pembangunan bola sepak Malaysia ini ialah usaha pembangunan pemain muda negara bermula agak lewat iaitu latihan intensif hanya dilakukan apabila mereka sudah remaja, terutama di sekolah sukan Bukit Jalil, jika ditambah lagi dengan masalah disiplin (yang selalunya menjadi masalah utama pembangunan bola sepak Malaysia yang mungkin salah satu faktor utama kenapa pasukan MyTeam yang hanya dilatih selama 3 bulan itu masih boleh menjaringkan gol ketika menentang pasukan Malaysia dulu), dan ditambah pula dengan masalah rasuah yang suatu ketika dahulu telah memusnahkan habis harapan negara terhadap sukan bola sepak ini.. ada kemungkinan besar harapan tuanku untuk Malaysia menganjurkan Piala Dunia 2030 hanya akan tinggal mimpi kosong sahaja kerana amat susah untuk mendapat kepercayaan bangsa dan negara lain yang sudah maju dalam program pembangunan bola sepak mereka.

7) saya ingin mencadangkan, untuk memantapkan program pembangunan bola sepak Malaysia terutamanya projek pembangunan pemain muda negara yang dinamakan Harimau Muda itu, saya amat meminta kepada Tuanku supaya usahakan projek pembangunan pemain muda negara mencontohi projek pembangunan FC Barcelona, Ajax dan Arsenal FC (ketiga-tiga kelab terkemuka di eropah ini amat terkenal sebagai kilang utama yang melahirkan amat ramai pemain muda bertaraf dunia dan menjadi tulang belakang kepada pemain negara mereka terutamanya Sepanyol, Belanda, Perancis, England juga Brazil dan Argentina dimana amat banyak pemain amerika selatan ini yang bermain di kelab-kelab berkenaan, serta suatu ketika dahulu pernah menjadikan Korea Selatan berjaya mendapat tempat ketiga dalam piala dunia, dimana jurulatih utama mereka ketika itu adalah Guus Hiddink dari Belanda yang mempengaruhi mereka supaya bermain corak permainan belanda yang dinamakan "total football", juga berjaya menjadikan pasukan bola sepak Jepun sentiasa digeruni di Asia, dimana antara penasihat utama pasukan bola sepak Jepun adalah Arsene Wenger dari Perancis yang sekarang sedang melatih kelab Arsenal FC yang sudah melahirkan amat ramai pemain muda berbakat besar di pentas dunia).

8) namun disini saya ingin nyatakan, angin perubahan kepada pembangunan bola sepak pemain muda yang amat berkesan dan memberi impak yang amat besar kepada dunia bola sepak, segalanya bermula dari seorang yang bernama Hendrik Johannes Cruijff dari Belanda. Saya amat berharap tuanku dapat usahakan supaya Hendrik Johannes Cruijff dapat kongsi kepakaran dan pengalamannya dengan malaysia, terutamanya dalam program pembangunan pemain muda Bola Sepak Malaysia dan usaha untuk menambah baik liga Malaysia yang amat menghampakan kerana amat kurang sokongan dari rakyat tempatan, rakyat Malaysia untuk memenuhi stadium. Perkara ini semestinya hendaklah sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa supaya harapan tuanku yang menjadi kebanggaan kami iaitu supaya Malaysia menganjurkan Piala Dunia 2030 menjadi kenyataan, dan amatlah menjadi harapan besar seluruh rakyat Malaysia supaya suatu hari nanti Malaysia dapat memenangi piala dunia, lagi-lagi di tanah tumpah air sendiri yang tercinta.

lagenda bola sepak Belanda (Hendrik Johannes Cruijff) yang terlibat dalam mencipta permainan "Total Football" dan juga pemangkin kepada revolusi dahsyat program pembangunan pemain muda di Belanda, FC Barcelona, Ajax dan sekarang menjadi jurulatih utama pasukan kebangsaan Catalunya (Catalunya pernah mengalahkan Argentina 4-2 yang berada dibawah pimpinan lagenda Argentina bernama Diego Maradona)

9) sokongan rakyat Malaysia kepada pasukan kebangsaan Malaysia amat besar dan masih mempunyai pengaruh yang amat luas, ini kita dapat kita perhatikan apabila pasukan kebangsaan Malaysia memenangi Piala Asia Tenggara, Piala Suzuki AFF baru-baru ini, kesemua jersi malaysia yang rasmi selepas itu dijual bagai pisang goreng, dimana kesemuanya habis dijual dalam masa yang singkat, hanya sehari selepas kemenangan itu, terutama di lembah klang.. Ada kebarangkalian rakyat Malaysia terutamanya di kawasan lembah Klang amat berasa dahagakan kejayaan yang besar seperti kemenangan kejuaraan itu, dimana suatu ketika dulu pernah berasa amat bangga dengan lagenda bola sepak Malaysia bernama Mokhtar Dahari yang dilahirkan di lembah klang.

10) cadangan saya kepada tuanku ialah Malaysia mengambil Hendrik Johannes Cruijff sebagai jurulatih utama pasukan kebangsaan pemain muda Malaysia dan meletak dia sebagai antara penasihat utama persatuan bola sepak Malaysia untuk memperbaiki Liga Malaysia. Ataupun sekurang-kurangnya melantik anak didik utama kesayangan Hendrik Johannes Cruijff dan juga seorang lagi lagenda bola sepak Belanda Marco van Basten (yang juga pemangkin revolusi utama kepada pembinaan kilang pemain muda Belanda) iaitu Dennis Nicolaas Maria Bergkamp untuk menjadi jurulatih utama pasukan kebangsaan pemain muda Malaysia.

lagenda bola sepak Johan Cruyff dengan idea program pembangunan pemain bola sepak mudanya yang bermula di Ajax Amsterdam di Belanda.. yang kemudiannya diterapkan ke dalam FC Barcelona di Sepanyol dan dikongsi dengan Arsenal FC semasa Dennis Bergkamp (anak didik Johan Cruyff) menjadi pemain di Arsenal FC di England.



gambar dari kiri : Robin van Persie (pemain muda yang amat berbakat yang sedang dibangunkan sekarang di Arsenal di bawah bimbingan Dennis Bergkamp dan Arsene Wenger serta nasihat dari Hendrik Johannes Cruijff), lagenda Belanda iaitu Hendrik Johannes Cruijff dan Dennis Nicolaas Maria Bergkamp


11) bukanlah saya tidak menyokong orang rakyat tempatan untuk menjadi jurulatih utama pasukan bola sepak pemain muda negara, tetapi bukankah lebih baik jika kita belajar dari orang yang sudah amat berjaya?? sebelum beransur-ansur ilmu dan pengalaman itu dicurahkan kesemuanya kepada orang rakyat kita sendiri untuk menjadi pengurus pasukan pelapis pemain bola sepak negara Malaysia yang lebih berjaya suatu hari nanti.

12) perhatikan apakah yang dikatakan oleh Robin Van Persie, pemain yang sedang dibangunkan di Arsenal oleh Arsene Wenger dan Dennis Bergkamp ini.

"Ketika saya melihat bola, saya ingin bermain - dengan kanak-kanak, siapa sahaja,'' - Robin Van Persie .. menunjukkan semangatnya yang amat besar untuk menjadi pemain bola sepak yang amat berjaya

"Malangnya, saya tidak boleh bermain di jalan lagi kerana saya sedang bermain bola sepak profesional. Apabila anda jadi lebih tua, anda ingin mendapatkan lebih banyak wang, tetapi dalam hati saya, perkara itu masih sama (bermain bola sepak di jalanan). Saya suka amat suka bola sepak" - Robin van Persie menyatakan bahawa hatinya hanya ingin bermain bola sepak di semua tempat termasuk di jalanan

"Saya belajar bola sepak di jalanan. Sejak berusia lima tahun, saya berlatih sepanjang hari di lapangan seperti ini lima minit dari rumah saya. Lihatlah kaki kiri saya. Hal ini sangat baik kerana saya berlatih begitu banyak jam di dalam kandang .. Ketika saya berumur lapan tahun, ada orang mengatakan kepada saya: "tendangan anda adalah sampah. (tak bagus langsung)".. saya kata padanya "Saya tahu,". Dua bulan kemudian dia kembali dan berkata: "Budak! Tendangan anda luar biasa!!"
saya jawab kembali kepadanya, "Saya tahu kerana saya telah berlatih di sini setiap hari dari pukul 9 pagi hingga ke malam hari, berlatih dan berlatih (tanpa rasa kenal erti penat dan putus asa)'' - Robin Van Persie menyatakan dia berlatih bola sepak dalam kandang setiap hari dari pukul 9 pagi hingga ke malam hari setiap hari hanya untuk memperbaiki tendangannya pada umur 8 tahun walaupun orang kata pada dia adalah sampah!!.

Hendrik Johannes Cruijff menyatakan sekali dalam sebulan Robin van Persie akan berjumpa dengannya untuk berlatih bola sepak di dalam kandang.

Dennis Bergkamp mengangguk kenyataan Robin Van Persie dan menambah kenyataan dia dengan menyatakan,

"jika hanya memiliki teknik biasa, ia tidak akan menjadi, kita bermain di atas batu-batu, jika jatuh sudah semestinya akan mencederakan diri sendiri, jadi kami mesti mendapat keseimbangan yang sempurna. Langkah pertama harus betul atau bola itu akan melantun jauh (keluar terus dari kandang tu)" - Dennis Bergkamp menyatakan bagaimana mereka berlatih di Ajax dahulu dibawah bimbingan lagenda bola sepak Johan Cruyff.

Johan Cruyff menambah kenyataan mereka, "Jalanan biasa yang mengajar kita, Lionel Messi juga membesar seperti ini (bermain di jalanan yang penuh dengan batu-batu dan direka seperti berada dalam kandang) tapi bezanya ialah Lionel Messi mengajar dirinya sendiri daripada menunggu jurulatih berkata kepadanya 'pergi lari dari kon ni ke kon tu, buat ni, buat tu'"- lagenda Johan Cruyff menceritakan bagaimana dia suatu ketika dahulu melatih Lionel Messi di dalam projek pemain muda FC Barcelona iaitu La Masia

Robin Van Persie menambah kenyataannya dengan menyatakan,
"Sebelum saya bermain dengan Bergkamp, saya tidak mengerti apa itu menjadi pemain berpasukan."

Johan Cruyff menyokong kenyataan Robin Van Persie,
"Yang saya berharap adalah bahawa pemain seperti Dennis Bergkamp yang sekarang sebagai pelatih akan terus berfikir apa yang ingin mereka fikirkan dan bukan apa yang mereka diperintahkan untuk melakukannya. Itulah sedikit dalam caranya (permainan bola sepak) Belanda berfikir, tidak menerima apa yang orang lain katakan dengan mata tertutup. Cuba untuk berfikir."

"Apa yang Dennis Bergkamp telah belajar di semua bilik persalinan di Inggeris, Itali dan Belanda, tentu saja tidak ada orang lain dapat mengajar anda." - kenyataan Johan Cruyff menunjukkan bahawa Dennis Bergkamp adalah anak murid kesayangannya selain van Persie dan Lionel Messi

corak permainan Dennis Bergkamp dan Robin van Persie adalah lebih kurang.. hasil didikan Johan Cruyff, memang cantik betul corak permainan mereka ini :)

dan juga seorang lagi anak didik kesayangan Johan Cruyff bernama Lionel Messi yang dilatih di La Masia, program pembangunan FC Barcelona yang mendapat nasihat Johan Cruyff yang pada pendapat peribadi saya tahap permainannya sudah seakan-akan Diego Maradona

selain itu program pembangunan pemain muda La Masia Barcelona ini juga melahirkan amat ramai pemain muda berbakat seperti kapten Arsenal FC yang amat muda sekarang ini iaitu Cesc Fabregas.. dibawah pimpinannya sudah mampu mengalahkan Manchester United FC yang amat diagongkan di liga Inggeris.

program pembangunan pemain muda dibawah nasihat Johan Cruyff seperti La Masia Barcelona dan Ajax, mereka diajar cara-cara permainan bola sepak secara professional sejak berumur 7 tahun! Jadi tidak mustahil dalam masa 10 tahun selepas dilatih sejak dari kecil apabila telah mencecah umur 17 tahun maka mereka sudah menjadi bintang utama dalam sukan bola sepak.. inilah pada pendapat saya idea Johan Cruyff yang sepatutnya dicontohi oleh Malaysia

sebagai contoh projek pembangunan Barcelona mempunyai 13 tahap.. sebelum benar-benar dianggap sebagai pemain professional. Manakala projek pembangunan pemain muda Malaysia bermula dengan projek pasukan 2 pasukan olimpik sahaja iaitu Harimau Muda A dan harimau Muda B.. pada pendapat peribadi saya sistem yang sedia ada walaupun sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan tetapi saya rasa ia harus diperkemaskan lagi dengan fokus utama kepada pembaikan Liga Malaysia itu sendiri, kerana ia adalah tulang belakang sebenar kepada projek pembangunan bola sepak Malaysia.



projek pembangunan FC Barcelona mempunyai 13 peringkat dimana mereka mesti melepasi kesemua 12 tahap ujian dan latihan intensif dahulu sebelum benar-benar layang untuk bermain bagi pasukan utama FC Barcelona yang sekarang ini sudah menjadi juara Liga Sepanyol.

(1) Barcelona
(2) Barcelona B
(3) Juvenil A berumur 16–18 tahun
(4) Juvenil B berumur 16–18 tahun
(5) Cadet A berumur 14–15 tahun
(6) Cadet B berumur 14–15 tahun
(7) Infantil A berumur 13–14 tahun
(8) Infantil B berumur 13–14 tahun
(9) Alevi A berumur 11–12 tahun
(10) Alevi B berumur 11–12 tahun
(11) Benjamí A berumur 9–10 tahun
(12) Benjamí B berumur 9–10 tahun
(13) Prebenjamí berumur 7–8 tahun

13) selain itu sebelum ini pernah dilaporkan apabila FAM membawa masuk jurulatih dari Brazil, dia berasa amat terkejut kerana Malaysia tiada "fitness coach", jika benar dakwaan itu, perkara ini amatlah menyedihkan kerana permainan bola sepak memerlukan seseorang itu betul-betul cergas sekurang-kurangnya selama 90 minit, tidak termasuk lagi jika ada masa tambahan.. disinilah amat pentingnya teknik permainan berpasukan yang betul dan berkesan supaya stamina sentiasa dapat dikekalkan ditahap maksimum. Contohnya seperti apa yang diamalkan oleh kesemua persatuan bola sepak di bawah pengaruh Johan Cruyff dimana dia amat menekankan kefahaman taktikal dan teknik permainan, yang antaranya formasi yang amat cair yang membolehkan seorang pemain itu dengan amat pantas dapat menukar posisinya dengan pemain lain tanpa ada kebocoran ketika berbuat demikian, bergerak dalam satu pasukan (total football) serta teknik satu sentuhan bola.

14) saya juga mencadangkan FAM memperuntukkan dana supaya dapat dibina kolam renang dengan pelatih professional di setiab kelab yang dianggap bertaraf professional kerana senaman renang adalah senaman terbaik yang dapat menggerakkan seluruh otot di badan manusia, selain dapat belajar mengawal nafas dengan betul, mempertingkatkan stamina dan menenangkan fikiran projek pembangunan bola sepak negara.

fasiliti latihan di kolam renang FC Barcelona


15) saya juga mencadangkan supaya ditubuhkan kursus khas berkaitan perubatan sukan di Malaysia, yang fokus utamanya ialah untuk mengatasi segala jenis kecederaan yang berkaitan dengan sukan bola sepak, serta mencari jalan penyelesaian untuk mempertingkatkan stamina kesemua pemain bola sepak Malaysia, dan juga termasuk membuat pembedahan kecil di tempat kejadian.


saya amat yakin jika segalanya berjalan lancar, dan program pembangunan bola sepak Malaysia dimulakan sejak ia berumur sekurang-kurangnya 7 tahun lagi dengan kepakaran terbaik dikumpul dari seluruh dunia, hari semakin hari mendapat sokongan rakyat yang bertambah, dan yang paling penting DISIPLIN yang tak kenal erti mengaku kalah, sentiasa ingin menang dan tidak terus berputus asa dengan segala macam kritikan lebih-lebih lagi yang tidak berasas, Malaysia suatu hari nanti akan berjaya menang World Cup.. mengakhiri tulisan ini saya sertakan sebuah video yang menunjukkan seorang pemain Malaysia yang saya rasa wajar diberi sokongan untuk lebih berjaya, jika boleh, beri dia peluang untuk dibimbing oleh lagenda bola sepak Johan Cruyff demi masa depan bola sepak malaysia.

Safee Sali : Malaysia Bicycle Kick Master


sekian dari saya hack3line,

akhir kata dari saya..
semoga Malaysia menang Piala Dunia



MALAYSIA MENUJU KUASA BESAR DUNIA!

No comments:

Post a Comment