Tuesday, May 10, 2011

CADANGAN MALAYSIA DAN ASEAN MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030


1) ASEAN wajar menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2030. Ini adalah penegasan yang tidak hanya peminat bola sepak di ASEAN sahaja tapi saya yakin semua warga negara-negara ASEAN akan menyambutnya dengan hati yang terbuka.

2) Bayangkan kita semua dapat melihat permainan cantik seperti ini dengan teknik terbaik bola sepak di depan mata kita sepertimana negara di benua Afrika dapat saksikan semasa piala dunia FIFA pada tahun 2010 dahulu

Piala Dunia 2010 di Afrika sebelum ini.. acara Piala Dunia telah menjana minimum RM1.5 Billion peluang ekonomi kepada negara Afrika

MENGAPA PILIH TAHUN 2030?

3) FIFA telah menetapkan bahawa "perlawanan tidak boleh diadakan di benua yang sama dua kali berturut-turut." Qatar, adalah dalam Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bersama-sama dengan kesemua 10 negara anggota ASEAN. Kecuali ada perubahan peraturan, misalnya membahagikan AFC, yang mempunyai 46 ahli, kepada Asia Barat dan Asia Timur AFC, oleh itu ASEAN tidak memenuhi syarat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2026.

4) Tapi ASEAN ada harapan besar untuk tuan rumah Piala Dunia FIFA tahun 2030 (atau Piala Dunia selepas itu).

POTENSI ASEAN UNTUK MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030

5) Walaupun kenyataan bahawa tidak ada negara di Asia Tenggara yang pernah mencapai pusingan akhir Piala Dunia. Negara-negara ASEAN mempunyai potensi yang besar. ASEAN, adalah rumah bagi kebanyakan penyokong bola sepak paling fanatik di dunia. Qatar pula tidak pernah lepas pusingan terakhir kelayakan piala dunia FIFA sebelum ini.

6) Untuk sekian lamanya, peminat bola sepak di seluruh wilayah ASEAN telah sanggup berjaga hingga lewat tengah malam untuk menonton perlawanan langsung dari pasukan kegemaran mereka, baik kelab atau negara asing, di TV. Kami merasakan ini adalah masanya untuk seluruh warga ASEAN untuk layak menonton Piala Dunia dalam keselesaan di dalam wilayah mereka sendiri.

7) ASEAN dengan cepatnya telah melahirkan banyak golongan kelas menengah dan sudah menjadi kebiasaan Final Piala Dunia yang akan diadakan di ASEAN, bakal menarik amat ramai pengunjung, pelawat, pelancong dari seluruh dunia, ia akan menjadi produk pelancongan utama dan tempat perniagaan yang penting. Selain itu, peminat bola sepak tidak terhad, dari mereka yang hanya lepak minum di kedai kopi hingga mereka yang mampu memiliki kereta mewah Mercedes-benz, sukan bola sepak tidak mengenal usia, jantina, agama atau etnik, dan ini adalah salah satu caranya untuk menyatupadukan seluruh warga ASEAN iaitu melalui penganjuran piala dunia di wilayah ASEAN.

PELUANG MENJANA EKONOMI KEPADA NEGARA-NEGARA ASEAN MELALUI
PENGANJURAN PIALA DUNIA FIFA 2030 di ASEAN


8) Pada tahun 2030, penduduk ASEAN yang sekarang sudah menghampiri 600 juta orang akan mencapai jumlah 1 Bilion orang. Maka sudah pasti peluang perniagaan melalui penganjuran final piala dunia FIFA di ASEAN ini bakal menjana amat banyak keuntungan perniagaan sama ada kepada FIFA mahupun kepada seluruh warga ASEAN yang bakal menganjurkan sukan berprestij ini.

APA YANG FIFA KEHENDAKI SUPAYA ASEAN DAPAT MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030

9) Cadangan saya adalah setiap Negara anggota ASEAN diberikan sekurang-kurangnya 1 stadium untuk perlawanan piala dunia FIFA pada tahun 2030 di ASEAN nanti. Apabila Timor-Leste bergabung dengan ASEAN pada tahun depan, atau sekurang-kurangnya sebelum penubuhan komuniti ASEAN pada tahun 2015, untuk menjadikan seluruh negara ASEAN menjadi 11 buah negara yang bersatu. ASEAN dengan cukup mudah untuk membina 11 stadium baru yang direka khas untuk perlawanan piala dunia FIFA 2030 ini. Peraturan FIFA mengatakan bahawa penganjuran piala dunia memerlukan tidak kurang dari 12 buah stadium, 2 buah stadium daripadanya mesti mempunyai kapasiti minimum 80,000 orang untuk perlawanan pembukaan dan final piala dunia FIFA, manakala selebihnya pula mesti mempunyai kapasiti lebih dari 40,000 orang.

Senarai stadium sedia ada di dalam wilayah ASEAN mengikut kapasiti

(1) Stadium Bukit Jalil - MALAYSIA : 100,200 orang
(2) Stadium Bung Karno Jakarta - INDONESIA : 88,306 orang
(3) Stadium Shah Alam - MALAYSIA : 80,000 orang
(4) Stadium Rajamangala, Bangkok - THAILAND : 65,000 orang
(5) Stadium Palaran, Samarinda - INDONESIA : 60,000 orang
(6) Singapore National Stadium, Kallang - SINGAPURA : 55,000 orang
(7) Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya - INDONESIA : 50,000 orang
(8) Olimpic Stadium Phnom Pehn National - KEMBOJA : 50,000 orang
(9) Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu : 50,000 orang
(10) Stadium My Dinh National, Hanoi - VIETNAM : 40,192 orang
(11) Stadium Hang Jebat, Melaka - MALAYSIA : 40,000 orang
(12) Stadium Jakabaring, Palembang - INDONESIA : 40,000 orang
(13) Stadium Jalak Harupat Soreang, Bandung - INDONESIA : 40,000 orang
(14) Stadium Joaquin F. Enriquez Memorial, Zamboanga City - FILIPINA : 40,000 orang
(15) Stadium Pulau Pinang, Batu Kawan - MALAYSIA : 40,000 orang
(16) Stadium Sarawak, Kuching - MALAYSIA : 40,000 orang
(17) Stadium Merdeka, Kuala Lumpur - MALAYSIA : 40,000 orang
(18) Stadium Bogyoke Aung San, Yangon - BURMA : 40,000 orang
(19) Stadium Suphachalasai, Bangkok - THAILAND : 35,000 orang
(20) Stadium Darulmakmur, Kuantan - MALAYSIA : 35,000 orang
(21) Stadium Delta, Sidoarjo - INDONESIA : 35,000 orang
(22) Stadium Darul Aman, Alor Star - MALAYSIA : 32,387 orang
(23) Stadium Thuwunna, Yangon - BURMA : 32,000 orang
(24) Stadium Maguwoharjo, Sleman - INDONESIA : 30,000 orang
(25) Stadium Likas, Kota Kinabalu - MALAYSIA : 30,000 orang
(26) Stadium Perak, Ipoh - MALAYSIA : 30,000 orang
(27) Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Johor Bahru - MALAYSIA : 30,000 orang
(28) Stadium Kanjuruhan, Malang - INDONESIA : 30,000 orang
(29) Stadium Gelora 10 November, Surabaya - INDONESIA : 30,000 orang
(30) Stadium Mattoangin, Makassar - INDONESIA : 30,000 orang
(31) Stadium Rizal Memorial Track and Football Stadium, Manila - FILIPINA : 30,000 orang
(32) Stadium Sultan Hassal Bolkiah, Bandar Seri Begawan - BRUNEI : 30,000 orang
(33) Stadium Perjiwa, Tenggarong - INDONESIA : 30,000 orang

CADANGAN PERLAWANAN PEMBUKAAN, FINAL DAN TEMPAT KETIGA
SEMASA PENGANJURAN PIALA DUNIA FIFA 2030


10) Maka dengan ini saya mencadangkan bahawa pembukaan piala dunia FIFA 2030 untuk diadakan di Stadium Bung Karno Jakarta di Indonesia yang mempunyai kapasiti 88,306 orang, manakala final kejuaraan piala dunia FIFA 2030 diadakan di Stadium Bukit Jalil di Malaysia yang mempunyai kapasiti 100,200 orang, manakala perlawanan bagi tempat ketiga diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok di Thailand yang mampu memuatkan 65,000 orang.

11) FIFA juga mengatakan penganjuran piala dunia FIFA memerlukan sistem telekomunikasi yang effiesien dan kesinambungan infrastruktur pengangkutan dan penginapan yang bagus. Hal ini sudah semestinya juga termasuk dalam lingkungan kerja ASEAN untuk mencapainya, saya yakin seluruh anggota ASEAN akan bekerjasama untuk mencapai matlamat ini, terutamanya selepas membentuk komuniti ASEAN yang kuat pada tahun 2015 nanti.

12) Saya tidak berfikir akan ada keputusan kolektif lain yang signifikan oleh para pemimpin dan rakyat ASEAN yang akan mempercepatkan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya dan integrasi ASEAN sebagai sebuah komuniti daripada menjadi tuan rumah final Piala Dunia FIFA. Namun ia amat memerlukan kerjasama ramai pihak daripada pihak kerajaan, masyarakat, perniagaan dan rakan dialog untuk memastikan kesemua keuntungan dari penganjuran piala dunia FIFA 2030 dapat dikongsi bersama serta memacu pertumbuhan ekonomi ASEAN.

CABARAN YANG BAKAL DIHADAPI OLEH NEGARA-NEGARA ASEAN
UNTUK MENGANJURKAN PIALA DUNIA FIFA 2030


13) Cabaran untuk mencapai matlamat ini ialah penyelarasan koordinasi dan logistik di 11 buah Negara-negara ASEAN, adalah sangat besar tapi ASEAN sudah terhubung dengan baik oleh semua jenis bentuk pengangkutan awam yang baik dan sudah pasti fizikalnya akan berintegrasi dengan lebih baik pada tahun 2030. Banyak kertas kerja sudah dibentangkan, sedang dilaksanakan serta banyak lagi kertas kerja yang akan menyusul untuk mencapai matlamat ini.

14) Final Piala Dunia, seperti Sukan Olimpik, mempunyai kepentingan dalam proses pembangunannya. Bayangkan saja, pada tahun 2030, hanya 15 tahun selepas pembentukan Komuniti ASEAN pada tahun 2015 ketika kita semua Negara ASEAN akan beroperasi sebagai Satu Komuniti dan sebagai pasaran tunggal, Negara-negara anggota ASEAN akan bekerja dengan menggunakan visa seperti visa Schengen untuk memudahkan perjalanan warganegara bukan ASEAN di dalam daerah di wilayah ASEAN. Pelan utama ASEAN sistem perhubungan infrastruktur yang sudah dilancarkan akan menghubungkan kesemua negara anggota ASEAN melalui udara, pengangkutan darat dan laut dengan lebih baik.

15) Kita boleh mengajukan bidaan yang kuat kepada FIFA bahawa kita, negara-negara dalam ASEAN boleh berfungsi seperti sebuah bangsa yang tunggal untuk bertindak sebagai tuan rumah piala dunia FIFA 2030. Memandangkan trend baru-baru ini dimana FIFA memberi tawaran pemenang ke daerah yang baru, harapan untuk ASEAN menjadi tuan rumah piala dunia FIFA 2030 adalah sangat tinggi. Lagipun Presiden Bola Sepak ASEAN sekarang ini dari Malaysia iaitu Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah telahpun berjaya dalam pembidaannya untuk membawa piala dunia FIFA ke sebelah Asia iaitu semasa piala dunia FIFA 2002, penganjuran bersama Jepun dan Korea, dimana iaitu Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak seluruh Asia ketika merangka kertas kerja untuk membawa kejohanan berprestij itu di sebelah Asia.

CADANGAN BAGAIMANA NEGARA ANGGOTA ASEAN UNTUK DIPILIH MEWAKILI ASEAN UNTUK BERTANDING DALAM FINAL PIALA DUNIA 2030 YANG AKAN DIADAKAN DI DALAM WILAYAH ASEAN

16) Menurut Peraturan FIFA, Negara-negara tuan rumah (atau negara-negara seperti di Korea dan Jepun yang tuan rumah bersama piala dunia FIFA pada tahun 2002) secara automatik memenuhi syarat untuk menyertai kejohanan di dalam final Piala Dunia. Yang pasti, ASEAN tidak boleh mempunyai kesemua 11 negara bersaing dalam pertandingan 32 pasukan di dalam piala dunia FIFA 2030 nanti. Tapi ASEAN boleh menghantar wakil. Pemenang Piala ASEAN pada 2029 harus mendapatkan kelayakan automatik untuk bertanding di dalam Piala Dunia FIFA 2030 yang akan berlangsung di wilayah ASEAN. Manakala yang tewas masih mempunyai peluang menyertai Piala Dunia FIFA tahun 2030 di ASEAN nanti, dengan bersaing dalam pusingan kelayakan piala dunia FIFA Konfederasi Bola Sepak Asia.

SAINGAN DARI PEMBIDA-PEMBIDA LAIN UNTUK MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030

17) Dalam pembidaan ASEAN untuk menjadi tuan rumah piala dunia FIFA tahun 2030, bakal menghadapi persaingan yang ketat dari China dan Argentina-Uruguay. China telah menyatakan minatnya untuk menjadi tuan rumah piala dunia FIFA 2030, dengan menggembar-gemburkan pengalaman mereka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2008 dan juga Asian Games. China berpengalaman dalam acara sukan berkelas dunia tapi kita tidak harus lupa bahawa Malaysia sudah pernah menjadi tuan rumah sukan Commonwealth pada tahun 1998 dengan amat berjaya, oleh kerana itu saya berasa yakin bahawa ASEAN mampu untuk menjadi tuan rumah final piala dunia FIFA 2030.

18) ASEAN, di sisi lain, telah dan akan menjadi tumpuan bagi kestabilan serantau di Asia Timur untuk jangka masa yang lama di masa hadapan. Sebagai sebuah badan organisasi yang kuat dan dikenali dengan di seluruh dunia, dihormati dan terintegrasi dengan baik. ASEAN akan menjadi pemangkin kepada ekonomi yang baik untuk Asia Timur. Kualiti ASEAN ini sepatutnya berjaya menarik penyokong dari negara-negara Asia yang lain serta pemangku kepentingan antarabangsa yang lain yang melihat Piala Dunia sebagai lebih dari sekedar acara olah raga, tapi persembahan signifikan keseimbangan kuasa dunia.

19) Uruguay dan Argentina telah memulakan kempen mereka dan merancang untuk mengajukan tawaran menjadi tuan rumah piala dunia FIFA 2030 bersama. Kes mereka bersandarkan pada fakta bahawa tahun 2030 ialah tahun untuk memperingati ulang tahun ke-100 perlawanan piala dunia FIFA. Uruguay mengatakan bahawa setelah menjadi tuan rumah pertandingan pertama piala dunia FIFA pada tahun 1930, tuntutan itu harus kembali ke negara itu pada tahun 2030. Argentina ternyata hanya melompat pada kereta muzik percaya bahawa ia boleh mengambil manfaat dari keunggulan Uruguay. Para wakil dari kedua-dua negara telah bertemu dengan Sepp Blatter, FIFA Setiausaha Agung.

20) Menjadi Piala Dunia akan semakin meningkatkan kekuatan ASEAN di peringkat global di dalam semua bidang, khususnya akan memperkuatkan "soft power"nya. Ini akan menjadi kali pertama blok antara pemerintah daerah di ASEAN memegang acara sukan berprestij tersebut. Kesatuan Eropah pun tidak pernah melakukannya. Secara politiknya ia akan jadi pemangkin kepada semangat ASEAN untuk lebih bersatu.

21) Pendapatan dari konsesi penyiaran, penjualan tiket, dan iklan boleh digunakan untuk pembangunan ASEAN di masa hadapan. Secara teknikalnya ASEAN boleh memilih untuk membina stadium baru di bandar-bandar yang sedang dibangunkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut. Perlawanan Piala Dunia FIFA 2030 yang berkelas dan berprofil tinggi terutamanya yang berada dalam Kumpulan Maut dicadangkan diadakan di negara-negara anggota ASEAN yang mempunyai ekonomi yang masih lemah, seperti di Kemboja, Laos, Myanmar atau Timor Leste, sebagai salah satu cara untuk mendorong pembangunan ekonomi di negara-negara tersebut, serta berpotensi menjadi salah satu cara untuk pelaburan yang lebih besar dari luar di masa hadapan.

22) Dua perlawanan yang paling banyak ditonton di dalam Piala Dunia iaitu acara pembukaan dan final, secara logik akalnya harus diberikan diadakan di Malaysia atau Indonesia berdasarkan kemudahan stadium yang sudah sedia terbina, di mana Stadium Bukit Jalil di Malaysia mampu memuatkan hingga 100,200 orang dan Stadium Bung Karno di Jakarta Indonesia mampu memuatkan hingga 88.306 orang. Keuntungan dari penganjuran pembukaan dan penutup piala dunia ini harus disimpan di dalam Bank Pembangunan Wilayah ASEAN yang akan ditubuhkan di Malaysia untuk dibahagikan secara adil demi membangunkan dan memajukan seluruh ASEAN di masa hadapan.

23) Menurut format pilihan FIFA untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030 akan bermula pada bulan Januari 2017. Keputusannya akan dibuat pada Disember 2018. 2015 pula adalah ketika Masyarakat ASEAN membentuk komuniti ASEAN yang ke arah Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti untuk direalisasikan. Oleh itu saya berasa amat yakin matlamat seluruh warga ASEAN untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030 akan menjadi realiti. ;)

cadangan asal dari YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-7,
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah,
juga adalah Presiden Persatuan Bola Sepak ASEAN

"It must be our dream that one day soon ASEAN may be chosen as the host for the World Cup as we succeeded once to bring the World Cup to Asia during my AFC Presidency.

I look forward to working together as a team towards One ASEAN, One
Goal – ASEAN Football. Thank you."


Sekian dari saya,
hack3line

MALAYSIA KE ARAH KUASA BESAR DUNIA!

No comments:

Post a Comment