Tuesday, May 17, 2011

PROJEK LAGENDA BOLA SEPAK DUNIA : Institut Johan Cruyff ditubuhkan di Iskandar Malaysia !!



maklumat lanjut..
http://www.cruijffinstitute.org/node/788
http://www.iskandarmalaysia.com.my/news/110430/renowned-johan-cruyff-institute-for-sports-studies-to-open-in-iskandar-malaysia


Lagenda bola sepak dunia Johan Cruyff telah menyatakan akan membuka institusi pengajiannya di Malaysia di dalam wilayah Iskandar Malaysia di Johor.

Memorandum persefahaman telah ditandatangani bersama Pelorus Dutch Sports Technology (PDST) Sdn Bhd dan Education@Iskandar Sdn Bhd (EISB) untuk menubuhkan institusi pengajian Johan Cruyff di Malaysia. Johan Cruyff akan membentangkan kertas kerja menyeluruh akan projek berkenaan di dalam masa 6 bulan akan datang.

Johan Cruyff adalah seorang lagenda bola sepak dimana dia telah menjadi perancang utama program pembangunan bola sepak FC Barcelona iaitu akademi La Masia yang telah melahirkan amat ramai bintang terkemuka dunia sekarang seperti Lionel Messi dan Cesc Fabregas. Selain itu Johan Cruyff juga adalah penasihat utama kepada program pembangunan bola sepak Ajax Amsterdam yang telah melahirkan bintang bola sepak seperti Dennis Bergkamp dan Robin Van Persie.

Dengan persetujuan dan penubuhan institusi Johan Cruyff di Malaysia. Saya amat berharap Malaysia di masa hadapan dapat memenangi Piala Dunia FIFA!



Malaysia sepatutnya letak sasaran bagi tahun-tahun berikut

2009 = JUARA SEA GAMES

2010 = JUARA ASEAN CUP

2015 = JUARA ASIAN CUP

2020 = JUARA OLYMPIC

2022 = JUARA FIFA WORLD CUP


pengiktirafan Presiden kepada Johan Cruyff sebagai perancang utama program pembangunan pemain muda FC Barcelona.

Tuesday, May 10, 2011

CADANGAN MALAYSIA DAN ASEAN MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030


1) ASEAN wajar menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2030. Ini adalah penegasan yang tidak hanya peminat bola sepak di ASEAN sahaja tapi saya yakin semua warga negara-negara ASEAN akan menyambutnya dengan hati yang terbuka.

2) Bayangkan kita semua dapat melihat permainan cantik seperti ini dengan teknik terbaik bola sepak di depan mata kita sepertimana negara di benua Afrika dapat saksikan semasa piala dunia FIFA pada tahun 2010 dahulu

Piala Dunia 2010 di Afrika sebelum ini.. acara Piala Dunia telah menjana minimum RM1.5 Billion peluang ekonomi kepada negara Afrika

MENGAPA PILIH TAHUN 2030?

3) FIFA telah menetapkan bahawa "perlawanan tidak boleh diadakan di benua yang sama dua kali berturut-turut." Qatar, adalah dalam Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bersama-sama dengan kesemua 10 negara anggota ASEAN. Kecuali ada perubahan peraturan, misalnya membahagikan AFC, yang mempunyai 46 ahli, kepada Asia Barat dan Asia Timur AFC, oleh itu ASEAN tidak memenuhi syarat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2026.

4) Tapi ASEAN ada harapan besar untuk tuan rumah Piala Dunia FIFA tahun 2030 (atau Piala Dunia selepas itu).

POTENSI ASEAN UNTUK MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030

5) Walaupun kenyataan bahawa tidak ada negara di Asia Tenggara yang pernah mencapai pusingan akhir Piala Dunia. Negara-negara ASEAN mempunyai potensi yang besar. ASEAN, adalah rumah bagi kebanyakan penyokong bola sepak paling fanatik di dunia. Qatar pula tidak pernah lepas pusingan terakhir kelayakan piala dunia FIFA sebelum ini.

6) Untuk sekian lamanya, peminat bola sepak di seluruh wilayah ASEAN telah sanggup berjaga hingga lewat tengah malam untuk menonton perlawanan langsung dari pasukan kegemaran mereka, baik kelab atau negara asing, di TV. Kami merasakan ini adalah masanya untuk seluruh warga ASEAN untuk layak menonton Piala Dunia dalam keselesaan di dalam wilayah mereka sendiri.

7) ASEAN dengan cepatnya telah melahirkan banyak golongan kelas menengah dan sudah menjadi kebiasaan Final Piala Dunia yang akan diadakan di ASEAN, bakal menarik amat ramai pengunjung, pelawat, pelancong dari seluruh dunia, ia akan menjadi produk pelancongan utama dan tempat perniagaan yang penting. Selain itu, peminat bola sepak tidak terhad, dari mereka yang hanya lepak minum di kedai kopi hingga mereka yang mampu memiliki kereta mewah Mercedes-benz, sukan bola sepak tidak mengenal usia, jantina, agama atau etnik, dan ini adalah salah satu caranya untuk menyatupadukan seluruh warga ASEAN iaitu melalui penganjuran piala dunia di wilayah ASEAN.

PELUANG MENJANA EKONOMI KEPADA NEGARA-NEGARA ASEAN MELALUI
PENGANJURAN PIALA DUNIA FIFA 2030 di ASEAN


8) Pada tahun 2030, penduduk ASEAN yang sekarang sudah menghampiri 600 juta orang akan mencapai jumlah 1 Bilion orang. Maka sudah pasti peluang perniagaan melalui penganjuran final piala dunia FIFA di ASEAN ini bakal menjana amat banyak keuntungan perniagaan sama ada kepada FIFA mahupun kepada seluruh warga ASEAN yang bakal menganjurkan sukan berprestij ini.

APA YANG FIFA KEHENDAKI SUPAYA ASEAN DAPAT MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030

9) Cadangan saya adalah setiap Negara anggota ASEAN diberikan sekurang-kurangnya 1 stadium untuk perlawanan piala dunia FIFA pada tahun 2030 di ASEAN nanti. Apabila Timor-Leste bergabung dengan ASEAN pada tahun depan, atau sekurang-kurangnya sebelum penubuhan komuniti ASEAN pada tahun 2015, untuk menjadikan seluruh negara ASEAN menjadi 11 buah negara yang bersatu. ASEAN dengan cukup mudah untuk membina 11 stadium baru yang direka khas untuk perlawanan piala dunia FIFA 2030 ini. Peraturan FIFA mengatakan bahawa penganjuran piala dunia memerlukan tidak kurang dari 12 buah stadium, 2 buah stadium daripadanya mesti mempunyai kapasiti minimum 80,000 orang untuk perlawanan pembukaan dan final piala dunia FIFA, manakala selebihnya pula mesti mempunyai kapasiti lebih dari 40,000 orang.

Senarai stadium sedia ada di dalam wilayah ASEAN mengikut kapasiti

(1) Stadium Bukit Jalil - MALAYSIA : 100,200 orang
(2) Stadium Bung Karno Jakarta - INDONESIA : 88,306 orang
(3) Stadium Shah Alam - MALAYSIA : 80,000 orang
(4) Stadium Rajamangala, Bangkok - THAILAND : 65,000 orang
(5) Stadium Palaran, Samarinda - INDONESIA : 60,000 orang
(6) Singapore National Stadium, Kallang - SINGAPURA : 55,000 orang
(7) Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya - INDONESIA : 50,000 orang
(8) Olimpic Stadium Phnom Pehn National - KEMBOJA : 50,000 orang
(9) Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu : 50,000 orang
(10) Stadium My Dinh National, Hanoi - VIETNAM : 40,192 orang
(11) Stadium Hang Jebat, Melaka - MALAYSIA : 40,000 orang
(12) Stadium Jakabaring, Palembang - INDONESIA : 40,000 orang
(13) Stadium Jalak Harupat Soreang, Bandung - INDONESIA : 40,000 orang
(14) Stadium Joaquin F. Enriquez Memorial, Zamboanga City - FILIPINA : 40,000 orang
(15) Stadium Pulau Pinang, Batu Kawan - MALAYSIA : 40,000 orang
(16) Stadium Sarawak, Kuching - MALAYSIA : 40,000 orang
(17) Stadium Merdeka, Kuala Lumpur - MALAYSIA : 40,000 orang
(18) Stadium Bogyoke Aung San, Yangon - BURMA : 40,000 orang
(19) Stadium Suphachalasai, Bangkok - THAILAND : 35,000 orang
(20) Stadium Darulmakmur, Kuantan - MALAYSIA : 35,000 orang
(21) Stadium Delta, Sidoarjo - INDONESIA : 35,000 orang
(22) Stadium Darul Aman, Alor Star - MALAYSIA : 32,387 orang
(23) Stadium Thuwunna, Yangon - BURMA : 32,000 orang
(24) Stadium Maguwoharjo, Sleman - INDONESIA : 30,000 orang
(25) Stadium Likas, Kota Kinabalu - MALAYSIA : 30,000 orang
(26) Stadium Perak, Ipoh - MALAYSIA : 30,000 orang
(27) Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Johor Bahru - MALAYSIA : 30,000 orang
(28) Stadium Kanjuruhan, Malang - INDONESIA : 30,000 orang
(29) Stadium Gelora 10 November, Surabaya - INDONESIA : 30,000 orang
(30) Stadium Mattoangin, Makassar - INDONESIA : 30,000 orang
(31) Stadium Rizal Memorial Track and Football Stadium, Manila - FILIPINA : 30,000 orang
(32) Stadium Sultan Hassal Bolkiah, Bandar Seri Begawan - BRUNEI : 30,000 orang
(33) Stadium Perjiwa, Tenggarong - INDONESIA : 30,000 orang

CADANGAN PERLAWANAN PEMBUKAAN, FINAL DAN TEMPAT KETIGA
SEMASA PENGANJURAN PIALA DUNIA FIFA 2030


10) Maka dengan ini saya mencadangkan bahawa pembukaan piala dunia FIFA 2030 untuk diadakan di Stadium Bung Karno Jakarta di Indonesia yang mempunyai kapasiti 88,306 orang, manakala final kejuaraan piala dunia FIFA 2030 diadakan di Stadium Bukit Jalil di Malaysia yang mempunyai kapasiti 100,200 orang, manakala perlawanan bagi tempat ketiga diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok di Thailand yang mampu memuatkan 65,000 orang.

11) FIFA juga mengatakan penganjuran piala dunia FIFA memerlukan sistem telekomunikasi yang effiesien dan kesinambungan infrastruktur pengangkutan dan penginapan yang bagus. Hal ini sudah semestinya juga termasuk dalam lingkungan kerja ASEAN untuk mencapainya, saya yakin seluruh anggota ASEAN akan bekerjasama untuk mencapai matlamat ini, terutamanya selepas membentuk komuniti ASEAN yang kuat pada tahun 2015 nanti.

12) Saya tidak berfikir akan ada keputusan kolektif lain yang signifikan oleh para pemimpin dan rakyat ASEAN yang akan mempercepatkan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya dan integrasi ASEAN sebagai sebuah komuniti daripada menjadi tuan rumah final Piala Dunia FIFA. Namun ia amat memerlukan kerjasama ramai pihak daripada pihak kerajaan, masyarakat, perniagaan dan rakan dialog untuk memastikan kesemua keuntungan dari penganjuran piala dunia FIFA 2030 dapat dikongsi bersama serta memacu pertumbuhan ekonomi ASEAN.

CABARAN YANG BAKAL DIHADAPI OLEH NEGARA-NEGARA ASEAN
UNTUK MENGANJURKAN PIALA DUNIA FIFA 2030


13) Cabaran untuk mencapai matlamat ini ialah penyelarasan koordinasi dan logistik di 11 buah Negara-negara ASEAN, adalah sangat besar tapi ASEAN sudah terhubung dengan baik oleh semua jenis bentuk pengangkutan awam yang baik dan sudah pasti fizikalnya akan berintegrasi dengan lebih baik pada tahun 2030. Banyak kertas kerja sudah dibentangkan, sedang dilaksanakan serta banyak lagi kertas kerja yang akan menyusul untuk mencapai matlamat ini.

14) Final Piala Dunia, seperti Sukan Olimpik, mempunyai kepentingan dalam proses pembangunannya. Bayangkan saja, pada tahun 2030, hanya 15 tahun selepas pembentukan Komuniti ASEAN pada tahun 2015 ketika kita semua Negara ASEAN akan beroperasi sebagai Satu Komuniti dan sebagai pasaran tunggal, Negara-negara anggota ASEAN akan bekerja dengan menggunakan visa seperti visa Schengen untuk memudahkan perjalanan warganegara bukan ASEAN di dalam daerah di wilayah ASEAN. Pelan utama ASEAN sistem perhubungan infrastruktur yang sudah dilancarkan akan menghubungkan kesemua negara anggota ASEAN melalui udara, pengangkutan darat dan laut dengan lebih baik.

15) Kita boleh mengajukan bidaan yang kuat kepada FIFA bahawa kita, negara-negara dalam ASEAN boleh berfungsi seperti sebuah bangsa yang tunggal untuk bertindak sebagai tuan rumah piala dunia FIFA 2030. Memandangkan trend baru-baru ini dimana FIFA memberi tawaran pemenang ke daerah yang baru, harapan untuk ASEAN menjadi tuan rumah piala dunia FIFA 2030 adalah sangat tinggi. Lagipun Presiden Bola Sepak ASEAN sekarang ini dari Malaysia iaitu Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah telahpun berjaya dalam pembidaannya untuk membawa piala dunia FIFA ke sebelah Asia iaitu semasa piala dunia FIFA 2002, penganjuran bersama Jepun dan Korea, dimana iaitu Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak seluruh Asia ketika merangka kertas kerja untuk membawa kejohanan berprestij itu di sebelah Asia.

CADANGAN BAGAIMANA NEGARA ANGGOTA ASEAN UNTUK DIPILIH MEWAKILI ASEAN UNTUK BERTANDING DALAM FINAL PIALA DUNIA 2030 YANG AKAN DIADAKAN DI DALAM WILAYAH ASEAN

16) Menurut Peraturan FIFA, Negara-negara tuan rumah (atau negara-negara seperti di Korea dan Jepun yang tuan rumah bersama piala dunia FIFA pada tahun 2002) secara automatik memenuhi syarat untuk menyertai kejohanan di dalam final Piala Dunia. Yang pasti, ASEAN tidak boleh mempunyai kesemua 11 negara bersaing dalam pertandingan 32 pasukan di dalam piala dunia FIFA 2030 nanti. Tapi ASEAN boleh menghantar wakil. Pemenang Piala ASEAN pada 2029 harus mendapatkan kelayakan automatik untuk bertanding di dalam Piala Dunia FIFA 2030 yang akan berlangsung di wilayah ASEAN. Manakala yang tewas masih mempunyai peluang menyertai Piala Dunia FIFA tahun 2030 di ASEAN nanti, dengan bersaing dalam pusingan kelayakan piala dunia FIFA Konfederasi Bola Sepak Asia.

SAINGAN DARI PEMBIDA-PEMBIDA LAIN UNTUK MENJADI TUAN RUMAH PIALA DUNIA FIFA 2030

17) Dalam pembidaan ASEAN untuk menjadi tuan rumah piala dunia FIFA tahun 2030, bakal menghadapi persaingan yang ketat dari China dan Argentina-Uruguay. China telah menyatakan minatnya untuk menjadi tuan rumah piala dunia FIFA 2030, dengan menggembar-gemburkan pengalaman mereka menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2008 dan juga Asian Games. China berpengalaman dalam acara sukan berkelas dunia tapi kita tidak harus lupa bahawa Malaysia sudah pernah menjadi tuan rumah sukan Commonwealth pada tahun 1998 dengan amat berjaya, oleh kerana itu saya berasa yakin bahawa ASEAN mampu untuk menjadi tuan rumah final piala dunia FIFA 2030.

18) ASEAN, di sisi lain, telah dan akan menjadi tumpuan bagi kestabilan serantau di Asia Timur untuk jangka masa yang lama di masa hadapan. Sebagai sebuah badan organisasi yang kuat dan dikenali dengan di seluruh dunia, dihormati dan terintegrasi dengan baik. ASEAN akan menjadi pemangkin kepada ekonomi yang baik untuk Asia Timur. Kualiti ASEAN ini sepatutnya berjaya menarik penyokong dari negara-negara Asia yang lain serta pemangku kepentingan antarabangsa yang lain yang melihat Piala Dunia sebagai lebih dari sekedar acara olah raga, tapi persembahan signifikan keseimbangan kuasa dunia.

19) Uruguay dan Argentina telah memulakan kempen mereka dan merancang untuk mengajukan tawaran menjadi tuan rumah piala dunia FIFA 2030 bersama. Kes mereka bersandarkan pada fakta bahawa tahun 2030 ialah tahun untuk memperingati ulang tahun ke-100 perlawanan piala dunia FIFA. Uruguay mengatakan bahawa setelah menjadi tuan rumah pertandingan pertama piala dunia FIFA pada tahun 1930, tuntutan itu harus kembali ke negara itu pada tahun 2030. Argentina ternyata hanya melompat pada kereta muzik percaya bahawa ia boleh mengambil manfaat dari keunggulan Uruguay. Para wakil dari kedua-dua negara telah bertemu dengan Sepp Blatter, FIFA Setiausaha Agung.

20) Menjadi Piala Dunia akan semakin meningkatkan kekuatan ASEAN di peringkat global di dalam semua bidang, khususnya akan memperkuatkan "soft power"nya. Ini akan menjadi kali pertama blok antara pemerintah daerah di ASEAN memegang acara sukan berprestij tersebut. Kesatuan Eropah pun tidak pernah melakukannya. Secara politiknya ia akan jadi pemangkin kepada semangat ASEAN untuk lebih bersatu.

21) Pendapatan dari konsesi penyiaran, penjualan tiket, dan iklan boleh digunakan untuk pembangunan ASEAN di masa hadapan. Secara teknikalnya ASEAN boleh memilih untuk membina stadium baru di bandar-bandar yang sedang dibangunkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut. Perlawanan Piala Dunia FIFA 2030 yang berkelas dan berprofil tinggi terutamanya yang berada dalam Kumpulan Maut dicadangkan diadakan di negara-negara anggota ASEAN yang mempunyai ekonomi yang masih lemah, seperti di Kemboja, Laos, Myanmar atau Timor Leste, sebagai salah satu cara untuk mendorong pembangunan ekonomi di negara-negara tersebut, serta berpotensi menjadi salah satu cara untuk pelaburan yang lebih besar dari luar di masa hadapan.

22) Dua perlawanan yang paling banyak ditonton di dalam Piala Dunia iaitu acara pembukaan dan final, secara logik akalnya harus diberikan diadakan di Malaysia atau Indonesia berdasarkan kemudahan stadium yang sudah sedia terbina, di mana Stadium Bukit Jalil di Malaysia mampu memuatkan hingga 100,200 orang dan Stadium Bung Karno di Jakarta Indonesia mampu memuatkan hingga 88.306 orang. Keuntungan dari penganjuran pembukaan dan penutup piala dunia ini harus disimpan di dalam Bank Pembangunan Wilayah ASEAN yang akan ditubuhkan di Malaysia untuk dibahagikan secara adil demi membangunkan dan memajukan seluruh ASEAN di masa hadapan.

23) Menurut format pilihan FIFA untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030 akan bermula pada bulan Januari 2017. Keputusannya akan dibuat pada Disember 2018. 2015 pula adalah ketika Masyarakat ASEAN membentuk komuniti ASEAN yang ke arah Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti untuk direalisasikan. Oleh itu saya berasa amat yakin matlamat seluruh warga ASEAN untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030 akan menjadi realiti. ;)

cadangan asal dari YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA YANG KE-7,
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah,
juga adalah Presiden Persatuan Bola Sepak ASEAN

"It must be our dream that one day soon ASEAN may be chosen as the host for the World Cup as we succeeded once to bring the World Cup to Asia during my AFC Presidency.

I look forward to working together as a team towards One ASEAN, One
Goal – ASEAN Football. Thank you."


Sekian dari saya,
hack3line

MALAYSIA KE ARAH KUASA BESAR DUNIA!

Monday, May 9, 2011

cadangan untuk MEMANTAPKAN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK MALAYSIA sempena misi Malaysia menjadi tuan rumah PIALA DUNIA 2030

kepada Presiden Bolasepak ASEAN, Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah,


1) saya sebagai rakyat biasa warganegara Malaysia berasa berbesar hati dan berbangga kerana tuanku dilantik untuk memimpin seluruh persatuan bola sepak di Asia Tenggara ini, saya amat bangga tuanku dengan amat lantang dan tegas menyatakan di dalam perjumpaan seluruh persatuan bola sepak di Asia Tenggara ini bahawa Tuanku mahu membawa acara Piala Dunia Bola Sepak, World Cup ke Malaysia dan negara-negara jiran di Asia Tenggara pada tahun 2030.

2) sekali lagi saya mengucapkan tahniah ke atas pencapaian tuanku di masa lepas dimana tuanku semasa menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak seluruh Asia berjaya membawa kejohanan berprestij Piala Dunia tahun 2002 ke Jepun dan Korea.. tahniah saya ucapkan kepada tuanku, semoga negara Korea, Jepun dan seluruh asia sentiasa ingat jasa tuanku kepada mereka di masa lepas. Pencapaian baik tuanku dan jasa tuanku kepada seluruh benua asia ini untuk pembangunan bola sepak Asia menjadi kebanggaan kami, rakyat Malaysia.


3) saya berasa amat tertarik dengan cadangan tuanku bahawa pada tahun 2030 nanti tuanku ingin Malaysia menganjurkan piala dunia 2030, sepertimana tuanku pernah lakukan dahulu semasa menjadi Presiden Bola Sepak seluruh Asia dengan membawa Piala Dunia itu ke Jepun dan Korea. Disini saya ingin memberi sedikit pandangan peribadi, cadangan untuk memantapkan bola sepak Malaysia supaya dipandang tinggi di dunia ini. Antara cadangan saya akan dihuraikan di bawah ini bermula dari perenggan nombor 4.




4) PEMANTAPAN SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA MESTI BERMULA DARI UMUR YANG AMAT MUDA - TIADA JALAN PINTAS!

di dalam usaha kita untuk memartabatan sukan bola sepak kita untuk mencapai taraf dunia dan disegani seluruh bangsa di dunia ini, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun jalan pintas yang ada untuk mencapai matlamat dan hasrat kita ini. Janganlah kita terpengaruh sepenuhnya dengan TV yang hanya memaparkan hanya sedikit sahaja yang kita tahu, tiada jalan pintas untuk berjaya di dalam bola sepak, mana mungkin seorang yang berjaya melepasi temuduga oleh syarikat TV dan kononnya diberi latihan intensif bola sepak selama 3 bulan boleh diiktiraf sebagai pemain bola sepak professional???? lagi-lagi program realiti TV MyTeam itu lebih kepada ingin menjana untung kepada mereka dalam masa yang singkat sahaja, tapi apakah "sumbangan besar" mereka kepada usaha pembangunan bola sepak negara Malaysia?? ditambah lagi pemain-pemain bola sepak yang mereka anggap professional hasil didikan mereka itu selama 3 bulan sahaja itu ada banyak pula yang usianya sudah menghampiri umur 30 tahun dan lebih 30 tahun, dan dimana pula tahap mereka sekarang ini??.. TV boleh kata kaca itu adalah permata yang berharga.. dan tidak mustahil akan ada amat ramai orang akan percaya, hebat betul penangan media massa ini.

5) walau bagaimanapun, saya sanjung usaha mereka si MyTeam konon sudah jadi pemain professional dalam masa 3 bulan ini masih mampu menjaringkan gol apabila menentang pasukan kebangsaan Malaysia. Perkara ini harus dipandang serius oleh badan bola sepak Malaysia yang sudah berusaha melatih pasukan kebangsaan Malaysia selama bertahun-tahun, tetapi masih boleh dibolos gawangnya oleh sebuah pasukan yang hanya dilatih dalam masa 3 bulan sahaja.

gol MyTeam (konon dah jadi professional lepas dilatih hanya dalam masa 3 bulan) semasa menentang pasukan kebangsaan Malaysia


6) disini saya ingin menekankan sekali lagi, pembangunan bola sepak Malaysia seharusnya bermula dari peringkat umur yang amat muda lagi, sekurang-kurangnya semasa kanak-kanak berusia 7 tahun lagi.. antara masalah yang saya nampak kepada usaha pembangunan bola sepak Malaysia ini ialah usaha pembangunan pemain muda negara bermula agak lewat iaitu latihan intensif hanya dilakukan apabila mereka sudah remaja, terutama di sekolah sukan Bukit Jalil, jika ditambah lagi dengan masalah disiplin (yang selalunya menjadi masalah utama pembangunan bola sepak Malaysia yang mungkin salah satu faktor utama kenapa pasukan MyTeam yang hanya dilatih selama 3 bulan itu masih boleh menjaringkan gol ketika menentang pasukan Malaysia dulu), dan ditambah pula dengan masalah rasuah yang suatu ketika dahulu telah memusnahkan habis harapan negara terhadap sukan bola sepak ini.. ada kemungkinan besar harapan tuanku untuk Malaysia menganjurkan Piala Dunia 2030 hanya akan tinggal mimpi kosong sahaja kerana amat susah untuk mendapat kepercayaan bangsa dan negara lain yang sudah maju dalam program pembangunan bola sepak mereka.

7) saya ingin mencadangkan, untuk memantapkan program pembangunan bola sepak Malaysia terutamanya projek pembangunan pemain muda negara yang dinamakan Harimau Muda itu, saya amat meminta kepada Tuanku supaya usahakan projek pembangunan pemain muda negara mencontohi projek pembangunan FC Barcelona, Ajax dan Arsenal FC (ketiga-tiga kelab terkemuka di eropah ini amat terkenal sebagai kilang utama yang melahirkan amat ramai pemain muda bertaraf dunia dan menjadi tulang belakang kepada pemain negara mereka terutamanya Sepanyol, Belanda, Perancis, England juga Brazil dan Argentina dimana amat banyak pemain amerika selatan ini yang bermain di kelab-kelab berkenaan, serta suatu ketika dahulu pernah menjadikan Korea Selatan berjaya mendapat tempat ketiga dalam piala dunia, dimana jurulatih utama mereka ketika itu adalah Guus Hiddink dari Belanda yang mempengaruhi mereka supaya bermain corak permainan belanda yang dinamakan "total football", juga berjaya menjadikan pasukan bola sepak Jepun sentiasa digeruni di Asia, dimana antara penasihat utama pasukan bola sepak Jepun adalah Arsene Wenger dari Perancis yang sekarang sedang melatih kelab Arsenal FC yang sudah melahirkan amat ramai pemain muda berbakat besar di pentas dunia).

8) namun disini saya ingin nyatakan, angin perubahan kepada pembangunan bola sepak pemain muda yang amat berkesan dan memberi impak yang amat besar kepada dunia bola sepak, segalanya bermula dari seorang yang bernama Hendrik Johannes Cruijff dari Belanda. Saya amat berharap tuanku dapat usahakan supaya Hendrik Johannes Cruijff dapat kongsi kepakaran dan pengalamannya dengan malaysia, terutamanya dalam program pembangunan pemain muda Bola Sepak Malaysia dan usaha untuk menambah baik liga Malaysia yang amat menghampakan kerana amat kurang sokongan dari rakyat tempatan, rakyat Malaysia untuk memenuhi stadium. Perkara ini semestinya hendaklah sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa supaya harapan tuanku yang menjadi kebanggaan kami iaitu supaya Malaysia menganjurkan Piala Dunia 2030 menjadi kenyataan, dan amatlah menjadi harapan besar seluruh rakyat Malaysia supaya suatu hari nanti Malaysia dapat memenangi piala dunia, lagi-lagi di tanah tumpah air sendiri yang tercinta.

lagenda bola sepak Belanda (Hendrik Johannes Cruijff) yang terlibat dalam mencipta permainan "Total Football" dan juga pemangkin kepada revolusi dahsyat program pembangunan pemain muda di Belanda, FC Barcelona, Ajax dan sekarang menjadi jurulatih utama pasukan kebangsaan Catalunya (Catalunya pernah mengalahkan Argentina 4-2 yang berada dibawah pimpinan lagenda Argentina bernama Diego Maradona)

9) sokongan rakyat Malaysia kepada pasukan kebangsaan Malaysia amat besar dan masih mempunyai pengaruh yang amat luas, ini kita dapat kita perhatikan apabila pasukan kebangsaan Malaysia memenangi Piala Asia Tenggara, Piala Suzuki AFF baru-baru ini, kesemua jersi malaysia yang rasmi selepas itu dijual bagai pisang goreng, dimana kesemuanya habis dijual dalam masa yang singkat, hanya sehari selepas kemenangan itu, terutama di lembah klang.. Ada kebarangkalian rakyat Malaysia terutamanya di kawasan lembah Klang amat berasa dahagakan kejayaan yang besar seperti kemenangan kejuaraan itu, dimana suatu ketika dulu pernah berasa amat bangga dengan lagenda bola sepak Malaysia bernama Mokhtar Dahari yang dilahirkan di lembah klang.

10) cadangan saya kepada tuanku ialah Malaysia mengambil Hendrik Johannes Cruijff sebagai jurulatih utama pasukan kebangsaan pemain muda Malaysia dan meletak dia sebagai antara penasihat utama persatuan bola sepak Malaysia untuk memperbaiki Liga Malaysia. Ataupun sekurang-kurangnya melantik anak didik utama kesayangan Hendrik Johannes Cruijff dan juga seorang lagi lagenda bola sepak Belanda Marco van Basten (yang juga pemangkin revolusi utama kepada pembinaan kilang pemain muda Belanda) iaitu Dennis Nicolaas Maria Bergkamp untuk menjadi jurulatih utama pasukan kebangsaan pemain muda Malaysia.

lagenda bola sepak Johan Cruyff dengan idea program pembangunan pemain bola sepak mudanya yang bermula di Ajax Amsterdam di Belanda.. yang kemudiannya diterapkan ke dalam FC Barcelona di Sepanyol dan dikongsi dengan Arsenal FC semasa Dennis Bergkamp (anak didik Johan Cruyff) menjadi pemain di Arsenal FC di England.



gambar dari kiri : Robin van Persie (pemain muda yang amat berbakat yang sedang dibangunkan sekarang di Arsenal di bawah bimbingan Dennis Bergkamp dan Arsene Wenger serta nasihat dari Hendrik Johannes Cruijff), lagenda Belanda iaitu Hendrik Johannes Cruijff dan Dennis Nicolaas Maria Bergkamp


11) bukanlah saya tidak menyokong orang rakyat tempatan untuk menjadi jurulatih utama pasukan bola sepak pemain muda negara, tetapi bukankah lebih baik jika kita belajar dari orang yang sudah amat berjaya?? sebelum beransur-ansur ilmu dan pengalaman itu dicurahkan kesemuanya kepada orang rakyat kita sendiri untuk menjadi pengurus pasukan pelapis pemain bola sepak negara Malaysia yang lebih berjaya suatu hari nanti.

12) perhatikan apakah yang dikatakan oleh Robin Van Persie, pemain yang sedang dibangunkan di Arsenal oleh Arsene Wenger dan Dennis Bergkamp ini.

"Ketika saya melihat bola, saya ingin bermain - dengan kanak-kanak, siapa sahaja,'' - Robin Van Persie .. menunjukkan semangatnya yang amat besar untuk menjadi pemain bola sepak yang amat berjaya

"Malangnya, saya tidak boleh bermain di jalan lagi kerana saya sedang bermain bola sepak profesional. Apabila anda jadi lebih tua, anda ingin mendapatkan lebih banyak wang, tetapi dalam hati saya, perkara itu masih sama (bermain bola sepak di jalanan). Saya suka amat suka bola sepak" - Robin van Persie menyatakan bahawa hatinya hanya ingin bermain bola sepak di semua tempat termasuk di jalanan

"Saya belajar bola sepak di jalanan. Sejak berusia lima tahun, saya berlatih sepanjang hari di lapangan seperti ini lima minit dari rumah saya. Lihatlah kaki kiri saya. Hal ini sangat baik kerana saya berlatih begitu banyak jam di dalam kandang .. Ketika saya berumur lapan tahun, ada orang mengatakan kepada saya: "tendangan anda adalah sampah. (tak bagus langsung)".. saya kata padanya "Saya tahu,". Dua bulan kemudian dia kembali dan berkata: "Budak! Tendangan anda luar biasa!!"
saya jawab kembali kepadanya, "Saya tahu kerana saya telah berlatih di sini setiap hari dari pukul 9 pagi hingga ke malam hari, berlatih dan berlatih (tanpa rasa kenal erti penat dan putus asa)'' - Robin Van Persie menyatakan dia berlatih bola sepak dalam kandang setiap hari dari pukul 9 pagi hingga ke malam hari setiap hari hanya untuk memperbaiki tendangannya pada umur 8 tahun walaupun orang kata pada dia adalah sampah!!.

Hendrik Johannes Cruijff menyatakan sekali dalam sebulan Robin van Persie akan berjumpa dengannya untuk berlatih bola sepak di dalam kandang.

Dennis Bergkamp mengangguk kenyataan Robin Van Persie dan menambah kenyataan dia dengan menyatakan,

"jika hanya memiliki teknik biasa, ia tidak akan menjadi, kita bermain di atas batu-batu, jika jatuh sudah semestinya akan mencederakan diri sendiri, jadi kami mesti mendapat keseimbangan yang sempurna. Langkah pertama harus betul atau bola itu akan melantun jauh (keluar terus dari kandang tu)" - Dennis Bergkamp menyatakan bagaimana mereka berlatih di Ajax dahulu dibawah bimbingan lagenda bola sepak Johan Cruyff.

Johan Cruyff menambah kenyataan mereka, "Jalanan biasa yang mengajar kita, Lionel Messi juga membesar seperti ini (bermain di jalanan yang penuh dengan batu-batu dan direka seperti berada dalam kandang) tapi bezanya ialah Lionel Messi mengajar dirinya sendiri daripada menunggu jurulatih berkata kepadanya 'pergi lari dari kon ni ke kon tu, buat ni, buat tu'"- lagenda Johan Cruyff menceritakan bagaimana dia suatu ketika dahulu melatih Lionel Messi di dalam projek pemain muda FC Barcelona iaitu La Masia

Robin Van Persie menambah kenyataannya dengan menyatakan,
"Sebelum saya bermain dengan Bergkamp, saya tidak mengerti apa itu menjadi pemain berpasukan."

Johan Cruyff menyokong kenyataan Robin Van Persie,
"Yang saya berharap adalah bahawa pemain seperti Dennis Bergkamp yang sekarang sebagai pelatih akan terus berfikir apa yang ingin mereka fikirkan dan bukan apa yang mereka diperintahkan untuk melakukannya. Itulah sedikit dalam caranya (permainan bola sepak) Belanda berfikir, tidak menerima apa yang orang lain katakan dengan mata tertutup. Cuba untuk berfikir."

"Apa yang Dennis Bergkamp telah belajar di semua bilik persalinan di Inggeris, Itali dan Belanda, tentu saja tidak ada orang lain dapat mengajar anda." - kenyataan Johan Cruyff menunjukkan bahawa Dennis Bergkamp adalah anak murid kesayangannya selain van Persie dan Lionel Messi

corak permainan Dennis Bergkamp dan Robin van Persie adalah lebih kurang.. hasil didikan Johan Cruyff, memang cantik betul corak permainan mereka ini :)

dan juga seorang lagi anak didik kesayangan Johan Cruyff bernama Lionel Messi yang dilatih di La Masia, program pembangunan FC Barcelona yang mendapat nasihat Johan Cruyff yang pada pendapat peribadi saya tahap permainannya sudah seakan-akan Diego Maradona

selain itu program pembangunan pemain muda La Masia Barcelona ini juga melahirkan amat ramai pemain muda berbakat seperti kapten Arsenal FC yang amat muda sekarang ini iaitu Cesc Fabregas.. dibawah pimpinannya sudah mampu mengalahkan Manchester United FC yang amat diagongkan di liga Inggeris.

program pembangunan pemain muda dibawah nasihat Johan Cruyff seperti La Masia Barcelona dan Ajax, mereka diajar cara-cara permainan bola sepak secara professional sejak berumur 7 tahun! Jadi tidak mustahil dalam masa 10 tahun selepas dilatih sejak dari kecil apabila telah mencecah umur 17 tahun maka mereka sudah menjadi bintang utama dalam sukan bola sepak.. inilah pada pendapat saya idea Johan Cruyff yang sepatutnya dicontohi oleh Malaysia

sebagai contoh projek pembangunan Barcelona mempunyai 13 tahap.. sebelum benar-benar dianggap sebagai pemain professional. Manakala projek pembangunan pemain muda Malaysia bermula dengan projek pasukan 2 pasukan olimpik sahaja iaitu Harimau Muda A dan harimau Muda B.. pada pendapat peribadi saya sistem yang sedia ada walaupun sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan tetapi saya rasa ia harus diperkemaskan lagi dengan fokus utama kepada pembaikan Liga Malaysia itu sendiri, kerana ia adalah tulang belakang sebenar kepada projek pembangunan bola sepak Malaysia.



projek pembangunan FC Barcelona mempunyai 13 peringkat dimana mereka mesti melepasi kesemua 12 tahap ujian dan latihan intensif dahulu sebelum benar-benar layang untuk bermain bagi pasukan utama FC Barcelona yang sekarang ini sudah menjadi juara Liga Sepanyol.

(1) Barcelona
(2) Barcelona B
(3) Juvenil A berumur 16–18 tahun
(4) Juvenil B berumur 16–18 tahun
(5) Cadet A berumur 14–15 tahun
(6) Cadet B berumur 14–15 tahun
(7) Infantil A berumur 13–14 tahun
(8) Infantil B berumur 13–14 tahun
(9) Alevi A berumur 11–12 tahun
(10) Alevi B berumur 11–12 tahun
(11) Benjamí A berumur 9–10 tahun
(12) Benjamí B berumur 9–10 tahun
(13) Prebenjamí berumur 7–8 tahun

13) selain itu sebelum ini pernah dilaporkan apabila FAM membawa masuk jurulatih dari Brazil, dia berasa amat terkejut kerana Malaysia tiada "fitness coach", jika benar dakwaan itu, perkara ini amatlah menyedihkan kerana permainan bola sepak memerlukan seseorang itu betul-betul cergas sekurang-kurangnya selama 90 minit, tidak termasuk lagi jika ada masa tambahan.. disinilah amat pentingnya teknik permainan berpasukan yang betul dan berkesan supaya stamina sentiasa dapat dikekalkan ditahap maksimum. Contohnya seperti apa yang diamalkan oleh kesemua persatuan bola sepak di bawah pengaruh Johan Cruyff dimana dia amat menekankan kefahaman taktikal dan teknik permainan, yang antaranya formasi yang amat cair yang membolehkan seorang pemain itu dengan amat pantas dapat menukar posisinya dengan pemain lain tanpa ada kebocoran ketika berbuat demikian, bergerak dalam satu pasukan (total football) serta teknik satu sentuhan bola.

14) saya juga mencadangkan FAM memperuntukkan dana supaya dapat dibina kolam renang dengan pelatih professional di setiab kelab yang dianggap bertaraf professional kerana senaman renang adalah senaman terbaik yang dapat menggerakkan seluruh otot di badan manusia, selain dapat belajar mengawal nafas dengan betul, mempertingkatkan stamina dan menenangkan fikiran projek pembangunan bola sepak negara.

fasiliti latihan di kolam renang FC Barcelona


15) saya juga mencadangkan supaya ditubuhkan kursus khas berkaitan perubatan sukan di Malaysia, yang fokus utamanya ialah untuk mengatasi segala jenis kecederaan yang berkaitan dengan sukan bola sepak, serta mencari jalan penyelesaian untuk mempertingkatkan stamina kesemua pemain bola sepak Malaysia, dan juga termasuk membuat pembedahan kecil di tempat kejadian.


saya amat yakin jika segalanya berjalan lancar, dan program pembangunan bola sepak Malaysia dimulakan sejak ia berumur sekurang-kurangnya 7 tahun lagi dengan kepakaran terbaik dikumpul dari seluruh dunia, hari semakin hari mendapat sokongan rakyat yang bertambah, dan yang paling penting DISIPLIN yang tak kenal erti mengaku kalah, sentiasa ingin menang dan tidak terus berputus asa dengan segala macam kritikan lebih-lebih lagi yang tidak berasas, Malaysia suatu hari nanti akan berjaya menang World Cup.. mengakhiri tulisan ini saya sertakan sebuah video yang menunjukkan seorang pemain Malaysia yang saya rasa wajar diberi sokongan untuk lebih berjaya, jika boleh, beri dia peluang untuk dibimbing oleh lagenda bola sepak Johan Cruyff demi masa depan bola sepak malaysia.

Safee Sali : Malaysia Bicycle Kick Master


sekian dari saya hack3line,

akhir kata dari saya..
semoga Malaysia menang Piala Dunia



MALAYSIA MENUJU KUASA BESAR DUNIA!

Monday, May 2, 2011

DTM Jerman : projek penyelidikan dan pembangunan PETRONAS Malaysia bersama Mercedes-Benz AMG

DTM Jerman : projek PETRONAS Malaysia bersama Mercedes-Benz AMG




kenyataan rasmi dari Naib Presiden, Mercedes-Benz Motorsport, Norbert Haug: "Kami sangat senang untuk menyambut Petronas sebagai rakan kongsi baru DTM kami. Kerjasama kami di Formula Satu adalah menandakan semangat kerjasama konstruktif, ditambah dengan keinginan berterusan untuk meningkatkan prestasi. Adalah suatu fakta bahawa Petronas telah memperluaskan penglibatan dari Formula Satu, dengan kami pasukan Silver Arrows, ke DTM menekankan kepentingannya berkembang dari siri ini. Sama seperti di Formula Satu, maka penyelidikan dan pembangunan dilakukan oleh rakan kongsi kami di PETRONAS membuat sumbangan yang sangat berharga untuk daya saing kereta kami. "

Malaysia dijangka akan menganjurkan perlumbaan final kejuaraan DTM Jerman vs Super GT Jepun di litar Sepang, Malaysia pada tahun 2012.

PETRONAS Malaysia telah menandatangani perjanjian bersama Mercedes-Benz AMG untuk bersama-sama memajukan teknologi minyak pelincir dan senibina enjin Mercedes-Benz AMG serta kerjasama bersama tuner rasmi enjin prestasi tinggi untuk TOYOTA di dalam kejuaraan Super GT iaitu bersama TOM'S.

Seperti halnya untuk Formula Satu, minyak motor PETRONAS telah diformulasikan secara khusus untuk memenuhi keperluan unik dari perlumbaan DTM. Dengan piston kelajuan lebih dari 35m persaat dan tekanan injap lebih daripada 9,000 kg / cm ², DTM mesin dikenakan kekuatan fizikal yang luar biasa. Hanya apabila semua bahagian yang bergerak, beroperasi pada saiz jurang daripada beberapa mikrometer, digris secara optimum untuk keadaan ekstrem, melampau bahawa enjin dapat memberikan prestasi puncak berterusan. Minyak Syntium PETRONAS diformulasikan khusus untuk minyak motor dengan aditif, penambah bersepadu memastikan bahawa enjin dapat melakukan dengan baik secara konsisten sepanjang musim.

ITR Jerman, pemegang hak DTM dan JAF Jepun telah melakukan perbincangan lanjut dalam rancangan undang-undang yang baru yang akan dikeluarkan nanti.

antaranya ialah
- Common carbon monocoque with roll cage
- Wheelbase dengan ukuran 2850 mm
- Common front and rear overhang
- Common spoiler depan dan diffuser belakang
- Enjin V8 specsifikasi baru yang akan diumumkan
- Jumlah penggunaan enjin yang terhad dalam suatu musim
- Pengenalan “design line”
- Pengurangan kos sebanyak 51% berbanding peraturan DTM sekarang

antara gambar kereta lumba Mercedes-Benz AMG yang memaparkan logo PETRONAS dan jenama minyak pelincir SYNTIUM.. kesemua kereta Mercedes-Benz AMG di dalam kejohanan Deutsche Tourenwagen Masters (DTM) di Jerman memaparkan logo PETRONAS dan SYNTIUM pada kereta, helmet dan baju mereka.


antara struktur enjin Mercedes-Benz AMG yang berkuasa amat tinggi


 


sumber rasmi dari website rasmi Mercedes-Benz AMG untuk projek DTM bersama PETRONAS malaysia : http://dtm.mercedes-benz.com/en#/s/news/73/petronas-to-be-new-team-sponsor-for-mercedes-benz-in-dtm-series

Thursday, January 20, 2011

MALAYSIA DITUBUHKAN OLEH PERGERAKAN FREEMASON!

PERANCANGAN PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA SUDAH DIRANCANG BERATUS-RATUS TAHUN DAHULU OLEH PERGERAKAN RAHSIA FREEMASON


ketahuilah anda semua bahawa pusat pentadbiran Malaysia yang baru iaitu PUTRAJAYA dibina disebuah tanah yang bernama PERANG BESAR.

Semuanya telah dirancang dengan amat kemas sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.. Sebuah kuasa baru akan muncul dari sebelah timur dunia dan kuasa besar dunia itu sudah dirancang untuk berada di sini!




perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus-ratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University.



Kritikan dan perancangan penubuhan negara MALAYSIA secara akademiknya telah bermula pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY.

10 tahun sebelum perbincangan akademik yang dilakukan di Universiti Harvard, FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi), batu asas FREEMASON diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang pada tahun 1927, ketika itu Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University. USA memberi gelaran kepada Rupert Emerson sebagai "specialist on nationalism in Asia", iaitu perancang utama semangat kebangsaan di Asia.




ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“



penjelasan ringkas mengenai siapakah FREEMASON ini?


persaudaraan FREEMASON diasaskan oleh Knights Templar ketika perang salib suatu ketika dahulu, mereka ini adalah kononnya penyimpan rahsia makam nabi Sulaiman, bersama dengan ILLUMINATI yang diasaskan di Bavaria, sekarang dikenali sebagai Jerman dimana mereka merancang pelbagai idea politik seperti democracy, communism, sosialism dan bermacam-macam lagi untuk cuba mengawal politik dan kepentingan mereka di dunia ini.

"Knights Templar founded FREEMASON brotherhood which control current world's politics under the name of modern democracy.

These knights were monks who took up arms in 1118 A.D. in order to protect Christian pilgrims traveling from Jaffa (a port city in Israel) to Jerusalem. According to legend, the Knights Templar discovered the greatest treasure in history buried in the ruins of King Solomon’s temple, the forbidden Kabbala knowledge. The Knights became rich—so rich, in fact, that they were the targets of envy and suspicion. In 1307, King Philip IV of France had all of the Knights Templar arrested so that he could take possession of their great wealth. What happened to the Knights after their imprisonment remains a mystery, but some say they went into hiding and continued their work in secret, only to reemerge in Europe during the 1700s as the modern Freemasons.

The full title of this Order is The United Religious, Military and Masonic Orders of the Temple and of St John of Jerusalem, Palestine, Rhodes and Malta, and it is an international philanthropic chivalric order affiliated with Freemasonry. The word "United" in this title indicates that more than one historical tradition and more than one actual Order are jointly controlled within this system. The individual Orders 'united' within this system are principally the Knights of the Temple (Knights Templar), and the Knights of Malta, together with the Knights of St Paul. Within the York Rite system a fourth constituent element is the Order of the Red Cross."


"Saya memberi contoh pergerakan Freemason yang tersangat rahsia pergerakannya. Saya kenal ahli-ahli Freemason Melayu waktu saya bekerja di The Chartered Bank, Jalan Raja, Kuala Lumpur di mana terdapat akaun Freemason di bawah nama bendaharinya, yang bekerja di UOB di Singapura. Saya kenal siapa yang menjadi ahli pergerakan ini apabila mereka memasukkan yuran mereka ke akaun berkenaan. Saya perhatikan apabila keadaan dalam negara telah heboh mengutuk Freemason maka pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi anggota Freemason telah berhimpun di Equatorial Hotel untuk membuat penjelasan bahawa mereka tidak akan mengkhianati bangsanya dengan menjadi ahli Freemason. Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sendiri telah menjelaskan bahawa beliau menjadi ahli sebagai 'cara nak berkawan saja ... tak ada apa-apa pun.... bukan badan politik pun. ... kalau mereka rugikan Melayu saya takkan ikut mereka...'" - pendedahan orang dalam kerajaan sendiri tentang bagaimana FREEMASON ini cuba mengawal politik Malaysia dari Singapura.

sumber diambil dari blog rasmi Sanusi Junid (Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar MALAYSIA pada tahun 1981)
http://sanusijunid.blogspot.com/2010/02/terima-kasih-tun-ghazali-shafie.html